Rundingan
damai antara kerajaan Syria dan penentang negara itu diteruskan di Geneva,
Switzerland, semalam, ketika tempoh pemindahan beratus-ratus penduduk dari
bandar Homs, dilanjutkan selama tiga hari juga bermula semalam.
Di
Geneva, kedua-dua saling berbalah ekoran kejadian ganas yang semakin meningkat
serta menyebabkan ratusan penduduk terbunuh sejak kebelakangan ini.
Di
Syria pula, usaha memindahkan penduduk yang terperangkap di Homs selama 18
bulan bagaimanapun, dicemari dengan serangan ganas pada hujung minggu lalu.
Menurut
Persatuan Bulan Sabit Merah Syria, lanjutan tempoh pemindahan itu membolehkan
seramai 450 penduduk keluar dari kawasan pertempuran itu, menjadikan jumlah
penduduk yang diselamatkan sejak Jumaat lalu sebanyak 1,200 orang.
maybank – 562218207666 (Gabungan
Salam Syria)
‘Hati Gajah Sama Dilapah, Hati Kuman Sama Dicicah’
No comments:
Post a Comment