Kebahagiaan Suraya membeli-belah di kota London
bertukar tragedi apabila sikap borosnya mula memakan diri. Tiada
sesiapa yang dapat menyelamatkan dirinya kecuali Hisham, lelaki yang
kadangkala baik, kadangkala menjengkelkan.
Pertolongan Hisham datang dengan diiringi syarat!
Suraya dikehendaki untuk bersetuju menandatangani kontrak transformasi
Cik Shopaholic kepada Cik Minimalis. Suraya terpaksa akur dek kerana
hutang keliling pinggang walaupun hatinya terus-terusan membantah.
Mampukah Suraya bertukar menjadi Cik Minimalis?
Apakah kesudahan hubungan Suraya dan Hisham? Ketahui kisah Suraya dalam
novel Heroku Pakai Apron!
Kisah
cinta antara Nur Lisa dan Syed Azri berputik di bumi Jerman. Nur Lisa
gadis pintar yang hidupnya riang bertemu dengan Syed Azri kerana
rancangan nakal si adik. Sharifah Azrina yang disangkanya teman sebilik
sebenarnya ialah jejaka kacak bernama Syed Azri.
“Tak menyesal ya. Tak nak tarik balik kata-kata awak tadi?”
“I do the talking a lot. Which one you meant dear roommate?” Nur Lisa tergelak. Sengallah Azri ni. Pebende merepek entah.
“I’ll be the one. Betcha.”
Nur
Lisa tergelak besar. Orang buat lawak dia buat serius la pula. Ego
seorang lelaki. Tak boleh tersentuh. Nur Lisa ambil mudah. Tak menyangka
jalan-jalan di hadapan yang akan bermula bersama Syed Azri. Permulaan
yang tiada penghujungnya.
Jasmeen, anak perempuan kepada
Tan Sri Farhan. Orangnya suka berdikari dan paling penting mempunyai
hobi yang unik. Dia mengumpul semua benda keluaran edisi terhad. Cinta?
Dia sentiasa takut untuk meletakkan komitmen lantas, cinta Iqmal ditolak
mentah-mentah.
Fareez Ilham, anak yatim piatu yang
dibesarkan oleh sahabat baik arwah bapanya iaitu Datuk Ismadi dan bekas
pemandu keluarga, Atuk Syed. Orangnya amat setia dalam bercinta tapi
sayang, cinta Gina kepadanya beralih arah kepada Iqmal tanpa diduga.
Kehadiran Jasmeen memberi sinar tapi siapakah Jasmeen sebenarnya?
Penjual kain? Tukang kebun? Arkitek landskap? Pencinta sejati?
Dalam masa yang singkat, pertemuan demi pertemuan akhirnya membuahkan rasa cinta di antara Jasmeen dan Fareez.
Mereka bercinta tanpa Fareez menyedari
Jasmeen ialah Fellah Delisya, bos Integrate Landscape yang selalu
dikutuk dan anak kepada Tan Sri Farhan iaitu pelanggan terbesarnya.
Dugaan melanda dalam hubungan mereka
apabila Fareez mengetahui identiti sebenar Jasmeen. Mampukah sebuah
realiti menepis hakikat sebuah cinta sejati? Sebuah episod luka membuat
Jasmeen memutuskan untuk memberi ruang kepada Fareez dan akhirnya dia
terbang membawa sekeping hati lara ke New York.
“I love you Fishy.”
“I love you too Cheesy.”
Cubalah hayati novel2 ni... Ianya unik, menarik, classy & signatur...... :-O